Saturday, July 4, 2015

Aduh aduh sayang

Dah seribu kali rasa aku terdengar lagu "aduh-aduh sayang kenapa kau curang" ni . Rasa boleh bersiul kalau tetiba mood nak berdangdut datang. "Curang" tu dah berkali berlegar dalam otak aku, dah berkali rasanya aku buat satu drama dalam kepala otak aku pasal curang ni.

Curang. Curang.

macam mana nak mula cerita pun aku tak tau. tapi kalau curang ni ........ rupa macam mana lelaki tu pun kalau dia nak curang dia curang jugak. Selalu sangat aku dengar yang selalu curang ni lelaki yang macho habis je. lelaki yang rapi dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Tapi jangan tuju pada jenis-jenis ni sahaja. Ada banyak cerita aku dengar yang kaki curang ni jenis yang biasa-biasa sahaja. Jenis yang pandang perempuan masih malu-malu, apa lagi bercakap mesti tak berani tentang mata. Jenis ini bahaya. Sebab apa? Sebab banyak (sangat banyak atau semua) perempuan selalu percaya dekat lelaki jenis ni. Bullshit !

Ada cerita lelaki nerd berkaca mata dah berkahwin dan ada anak perempuan seorang dan isteri masih dalam pantang atau mengandung lagi ( aku tak pasti) bercinta dengan janda. Lagi geram bila ada sumber yang sahih cerita yang masing-masing berdiskusi dalam email dan email ni kalau aku dapat screen capture bagi bini jantan tu, mesti kesal and rasa kene bodoh dengan lelaki muka baik macam tu.

Kes ni nak salah sebelah pihak ke ?

Tak aku nak salahkan perempuan je. Perempuan je. Sebab apa? Sebab kalau perempuan ni tak mula lelaki tu tak akan berani buat apa-apa. Dan kita perempuan. Hati perempuan lain kene jaga. Didik dari mula lagi diri tu. "hak orang jangan sesekali rampas jadi hak kita" setiap kali didik diri tu, tanam dalam hati.

Mula dari awal, Pensil kawan sebelah jangan ambik masa kat sekolah, kalau pinjam pulangkan , jangan jaja pensil itu hak kau kalau bukan kau yang pujuk mak kau belikan dapat pensil tu. Ada jenis orang akan cakap "alah belum berkahwin masih ada peluang" . NO ! NO! NO! JANGAN! Hak orang tetap hak orang. Kalau jodoh kau sekalipun, tunggu bila masing-masing fikir hubungan tu tak kemana dan masing-masing fikir bukan jodoh masing-masing.

Ada banyak cara, banyak sangat cara jaga hati perempuan. Aku percaya karma, aku percaya. Sebab pernah jadi depan mata,

entry ni dah lama ada dalam draft entry aku. mana ada masa nak update dekat office yang kedekut internet tu. lagipun semua tengah sibuk cerita curang lelaki singapore sana-sini. Kesian, kesian dekat perempuan tu, 8 tahun bercinta, kahwin and redha berpisah. Sabar ye.

No comments:

Post a Comment