Saturday, June 20, 2015

Kuasa

Bekerja dekat tempat yang pentingkan siapa ada kuasa dan siapa tiada langsung berkuasa dan bersuara sekarang ini buat aku sedar manusia boleh jadi angkuh seangkuh-angkuhnya bila-bila masa sahaja. 

Disebabkan aku seorang pegawai berstatus "kontrak harian" dekat sini, lagi rapat aku dengan staff sokongan walaupun bos bagi bilik pegawai sendiri. Boleh keluar makan pukul tampar dengan kakak-kakak atau abang-abang kerani. Kerja aku? Dari kerja-kerja pegawai hingga ke despatch aku buat. Sebab apa ? Sebab aku nak jadi semua. nak rasa semua. Apa salah pakai kasut orang lain walau bukan saiz kaki kita kan ? 

Kalau aku nak bandingkan kerja di syarikat swasta dan bekerja di kementerian ni , banyak beza. Dulu masa berkerja sebagai pembantu akauntant di satu small company di Seri Kembangan,aku tak rasa siapa ada kuasa siapa tiada. Semua sama, cuma yang berkuasa sangat sedikit masa itu adalah majikan aku yang buat aku menyanyi masa temu duga kerja. 

Kalau dekat kementerian ni, siapa ada kuasa dia raja. nak buat keputusan tak mudah, banyak level kene lalu. banyak minit kene buat. susah! payah ! itu sebab banyak orang complain kerajaan lambat buat keje . Is not that we malas, ade 5(or more than that ) yang kami kene mengadap and explain the full details. Belum lagi tambah masa buat pembetulan dan segalanya.

Pernah jugak kene tegur sebab panggil pegawai "kakak" . " Kamu kene panggil dia puan atau cik lah, kamu tak boleh panggil dia kakak, dia PTD tau, hormat sikit". I was like what da hell , duduk kubur nanti sama dalam dia, sama  panjang dia. Tak ada pulak PTD dapat kubur lebih kurang macam kondo siap ada penghawa dingin dan wifi free seumur hidup (or seumur mati) . 

Nak keje lama kene lah adapt dengan kawasan sekeliling. Dah aku masuk ladang kambing kene lah mengembek (embekk) bersama kambing-kambing. 

p/s: sebelum ni entry kias kias guna poem macam deep nak mampus kalah kakfynn. Tapi I am not a deep persons it just ,kalau nak tulis english more easy but I can’t sebb grammar lari mencicit. and if I just tell the whole story nanti . tahu tahu pula siapa saya yang kononnya broken habis ni . 

Cheers, 

No comments:

Post a Comment