Saturday, October 24, 2015

Imaginasi satu




"Zap!"  Adam siap mengemas semua pakaiannya. Disusun rapi satu persatu dilipat dan diisi penuh didalam beg roda yang dua kali besarnya. Kali ini lebih besar dari beg biasa yang selalu dibawa sebagai rutin bila perlu kerja luar lama-lama. Sesekali dengar keluhan Adam, sesekali dipandang wajah Ana yang tidur lena.

Ana memejam mata rapat , di tahan tangis di tahan geram. Keluhan Adam didengar jelas, perlakuan, perbuatan , pergerakan Adam ditenung tajam. Sesekali Matanya di pejam supaya dapat ditipu Adam. Dalam hati Ana, dipanggil , dijerit nama Adam berkali-kali, berdoa supaya Adam dapat dengar rasa hati kali ini.

Adam duduk ditepi katil, Ana masih berpura tidur. Adam mengeluh panjang, lebih panjang dari sebelum ini. Cincin janji diletak di kabinet tepi. Ana melihat dengan teliti sambil mengiring tepi. Adam masih melayan perasaan ingin pergi, tidak sedar Ana memerhati gerak-geri. Tubuh belakang Adam diratap sepi. " Kali ni memang kau nak pergi", bisik Ana dalam hati.

Beberapa jam berlalu, Adam masih disudut katil, duduk ditepi membelakangi Ana yang masih berharap Adam jangan pergi. Adam mengeluh lagi dan kali ini Ana tau Adam akan pergi. Adam bingkas bangun dari katil, dan kali ini dia berdiri. Tubuh tinggi nya Ana perhati dari belakang lagi. Kali ini air mata Ana sikit-sikit jatuh kepipi terus ke bantal yang Ana guna sepenuh hati kali ini.

Adam melangkah. Tangan Adam dicapai Ana dalam keadaan masih mengiring sepi memandang kaku tubuh Adam lagi. Adam berhenti. "Jangan pergi", kali ini bukan dalam hati lagi. Adam berhenti dan mengeluh lagi. Air mata Ana mengalir laju kali ini. Tangan Ana disentap Adam, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, ada rasa  aku terdesak untuk pergi. Tangan Ana terkulai jatuh ke sisi. Adam melangkah , beg berat ditarik dan terus pegi. Adam tidak menoleh lagi.

Adam sampai hati. Ana menangis lagi.



p/s : Semalam aku dengar satu lagu yang buat aku berimaginasi macam ni. Jangan salah aku. salahkan lagu sedih tu.

Tuesday, October 6, 2015

Jobless me

Let me tell you something..

I am jobless now, tamat kontrak setahun.

My damn things number 2 ! my FIRST online business tak berapa nak nampak profit. Entahlah.

My damn things number 3.Pasal ayah. Pissed off ! Lebih sebulan tak make any conversation with him. Why?  Is complicated. My relationship with ayah memang the most complicated relationship ever! 

For all the damn things that happend to me this month. Alhamdulliah. Syukur. 

And I choose to face all my problem here.

So My October 2015 , 

Please please please just be nice to me. 


I need it.  

Thursday, August 13, 2015

CRY

I always try my best not to cry in front of other.

I try to control it tapi sometimes it just too much.

Air mata pun dah bertakung sampai paras maximum and u can't do anything except to cry your heart out.

Damn it!

Saturday, July 4, 2015

Aduh aduh sayang

Dah seribu kali rasa aku terdengar lagu "aduh-aduh sayang kenapa kau curang" ni . Rasa boleh bersiul kalau tetiba mood nak berdangdut datang. "Curang" tu dah berkali berlegar dalam otak aku, dah berkali rasanya aku buat satu drama dalam kepala otak aku pasal curang ni.

Curang. Curang.

macam mana nak mula cerita pun aku tak tau. tapi kalau curang ni ........ rupa macam mana lelaki tu pun kalau dia nak curang dia curang jugak. Selalu sangat aku dengar yang selalu curang ni lelaki yang macho habis je. lelaki yang rapi dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Tapi jangan tuju pada jenis-jenis ni sahaja. Ada banyak cerita aku dengar yang kaki curang ni jenis yang biasa-biasa sahaja. Jenis yang pandang perempuan masih malu-malu, apa lagi bercakap mesti tak berani tentang mata. Jenis ini bahaya. Sebab apa? Sebab banyak (sangat banyak atau semua) perempuan selalu percaya dekat lelaki jenis ni. Bullshit !

Ada cerita lelaki nerd berkaca mata dah berkahwin dan ada anak perempuan seorang dan isteri masih dalam pantang atau mengandung lagi ( aku tak pasti) bercinta dengan janda. Lagi geram bila ada sumber yang sahih cerita yang masing-masing berdiskusi dalam email dan email ni kalau aku dapat screen capture bagi bini jantan tu, mesti kesal and rasa kene bodoh dengan lelaki muka baik macam tu.

Kes ni nak salah sebelah pihak ke ?

Tak aku nak salahkan perempuan je. Perempuan je. Sebab apa? Sebab kalau perempuan ni tak mula lelaki tu tak akan berani buat apa-apa. Dan kita perempuan. Hati perempuan lain kene jaga. Didik dari mula lagi diri tu. "hak orang jangan sesekali rampas jadi hak kita" setiap kali didik diri tu, tanam dalam hati.

Mula dari awal, Pensil kawan sebelah jangan ambik masa kat sekolah, kalau pinjam pulangkan , jangan jaja pensil itu hak kau kalau bukan kau yang pujuk mak kau belikan dapat pensil tu. Ada jenis orang akan cakap "alah belum berkahwin masih ada peluang" . NO ! NO! NO! JANGAN! Hak orang tetap hak orang. Kalau jodoh kau sekalipun, tunggu bila masing-masing fikir hubungan tu tak kemana dan masing-masing fikir bukan jodoh masing-masing.

Ada banyak cara, banyak sangat cara jaga hati perempuan. Aku percaya karma, aku percaya. Sebab pernah jadi depan mata,

entry ni dah lama ada dalam draft entry aku. mana ada masa nak update dekat office yang kedekut internet tu. lagipun semua tengah sibuk cerita curang lelaki singapore sana-sini. Kesian, kesian dekat perempuan tu, 8 tahun bercinta, kahwin and redha berpisah. Sabar ye.

Saturday, June 20, 2015

Kuasa

Bekerja dekat tempat yang pentingkan siapa ada kuasa dan siapa tiada langsung berkuasa dan bersuara sekarang ini buat aku sedar manusia boleh jadi angkuh seangkuh-angkuhnya bila-bila masa sahaja. 

Disebabkan aku seorang pegawai berstatus "kontrak harian" dekat sini, lagi rapat aku dengan staff sokongan walaupun bos bagi bilik pegawai sendiri. Boleh keluar makan pukul tampar dengan kakak-kakak atau abang-abang kerani. Kerja aku? Dari kerja-kerja pegawai hingga ke despatch aku buat. Sebab apa ? Sebab aku nak jadi semua. nak rasa semua. Apa salah pakai kasut orang lain walau bukan saiz kaki kita kan ? 

Kalau aku nak bandingkan kerja di syarikat swasta dan bekerja di kementerian ni , banyak beza. Dulu masa berkerja sebagai pembantu akauntant di satu small company di Seri Kembangan,aku tak rasa siapa ada kuasa siapa tiada. Semua sama, cuma yang berkuasa sangat sedikit masa itu adalah majikan aku yang buat aku menyanyi masa temu duga kerja. 

Kalau dekat kementerian ni, siapa ada kuasa dia raja. nak buat keputusan tak mudah, banyak level kene lalu. banyak minit kene buat. susah! payah ! itu sebab banyak orang complain kerajaan lambat buat keje . Is not that we malas, ade 5(or more than that ) yang kami kene mengadap and explain the full details. Belum lagi tambah masa buat pembetulan dan segalanya.

Pernah jugak kene tegur sebab panggil pegawai "kakak" . " Kamu kene panggil dia puan atau cik lah, kamu tak boleh panggil dia kakak, dia PTD tau, hormat sikit". I was like what da hell , duduk kubur nanti sama dalam dia, sama  panjang dia. Tak ada pulak PTD dapat kubur lebih kurang macam kondo siap ada penghawa dingin dan wifi free seumur hidup (or seumur mati) . 

Nak keje lama kene lah adapt dengan kawasan sekeliling. Dah aku masuk ladang kambing kene lah mengembek (embekk) bersama kambing-kambing. 

p/s: sebelum ni entry kias kias guna poem macam deep nak mampus kalah kakfynn. Tapi I am not a deep persons it just ,kalau nak tulis english more easy but I can’t sebb grammar lari mencicit. and if I just tell the whole story nanti . tahu tahu pula siapa saya yang kononnya broken habis ni . 

Cheers, 

Wednesday, June 17, 2015

Gaji buta

Bulan puasa ni,
email pun masuk macam siput babi, 
network pun bukan main buat perangai macam mati bini, 

masuk keje, 
bawa selimut, 
masuk bilik rahsia, 
tidor, 

Lepas buat keje itu ini, 

Rehat, 
bawa selimut, 
masuk bilik rahsia, 
tidor. 

tadi ada denga kakak kerani cakap-cakap, 
katanya ada tadarus di surau, 
senyum saja, 
nampak semua gigi, 
gigih bawa selimut, 
masuk bilik rahsia. 

dan tidor lagi. 

Allah. 
Iman aku, 
macam mana nak tambah kalau macam ni hari-hari. 

Semalam dah install Quran di play store. 
Semalam dah share cara solat tarawikh sendiri dirumah di FB,
Bila nak tambah Iman kalau selalu masuk bilik rahsia bawak selimut dan selubung diri. 


Puasa

Selamat berpuasa esok.

Selamat berpuasa.

Jangan makan nasi tengah hari,
Jangan merokok dalam tandas office nanti,
Jangan memaki,


Jangan makan hati,


Buat macam angin,
Lalu lalu saja,
laju.

dan pergi.



RESET

Kalau boleh aku nak maki ,
maki kau sampai aku puas hati,
maki kau  sampai semua terbuku aku lepas pergi.

dari dulu,
sampai hati,
sampai hati,

biar aku ,
darah daging sama binti,
jadi pilihan kedua setiap kali.

kalau boleh aku nak buat apa yang kau buat,
bagi rasa apa yang aku  rasa,
bagi benci apa yang aku benci.


Wednesday, June 3, 2015

Hari kerja

Gerak  Pagi ,
Dengan kereta yang bila-bila pun boleh mati.

Dalam hati ,
rasa macam nak keluar dari kereta,
sepak kereta sambil mencaci.

Tapi,
Itu-itu juga yang kau paling perlukan buat masa ini,
buat cari rezeki,

Kereta tua yang akan mati,
Aku sayang kau separuh mati,
Buat masa ini.

Lepas Hari Lahir

Dah 3 bulan.
Kalau ikut entry last post hari tu,
kalau ikut birthday hari tu,
kalau ikut nukilan akhir hari tu,

Dah 3 bulan ,
masih lagi mencari,
masih lagi berdiri berlari ,
gendong takdir Ilahi beri.


Dah 3 bulan, '
tak apa,
Saya kan heroin yang tak dimiliki.


Wednesday, March 4, 2015

hari lahir

selamat hari lahir untuk DIRI
yang selalu minta untuk dimatikan
yang selalu juga tabah ujian tuhan.

selamat hari lahir DIRI

moga esok. masih bernyawa lagi 

Thursday, February 26, 2015

Warkah

Buat kekasih
maaf hadir lambat

saya sedang berjalan
berjalan bersama ujian Tuhan.

saya belum boleh berlari
berat ujian kali ni.

sampai rasa tak kuat lagi 

syurga

syurga saya pada dia.
patuh saya syurga gantinya.

tapi hati saya. jiwa saya. siapa nak jaga?