Wednesday, August 27, 2014

Terkilan

terkilan.
dunia bermasaalah saya ni saya pendam.telan ludah dan jilat kembali. sebab kalau saya kongsi tiada siapa yang mengerti.

macam tadi
saya mengadu merintih apa yang ada dihati. macam mana diri saya ini dipijak-pijak ditempat mencari rezeki.sedang elok mengadu, dia pergi. dia melangkah kaki dan pergi.

terdiam saya sekejap. dunia saya paling hina disini. baru hendak melepas geram dan maki. tambah rasa dipijak lagi.kali ni lebih hebat lagi. pijakkan dari DIA sendiri.

Tuhan.
hati saya terkilan lagi

Tuesday, August 26, 2014

hero

terkenang saya zaman saya memuja hero saya seperti dia raja dunia. hero saya yang berusaha mengembirakan saya walau apa cara. hero saya yang saya saja dimata dia.

sekarang .
hero saya bukan hero saya lagi sedangkan hero kamu kamu masih sama. hero saya sedang sibuk berbagi kasih dengan yang bukan darahnya . hero saya sedang sibuk-sibukan dirinya disana.

kalau kamu-kamu inginkan hero kedua menjadi seperti hero pertama.saya tidak ingin tidak mahu dan berdoa minta tuhan jauhkan.

satu sebab. 

sebab saya di tinggalkan.

Monday, August 25, 2014

Light rain

kalau rintik-rintik macam ni, macam mana saya nak bersayang-sayang dengan diri sendiri.

kalau rintik-rintik sedihnya tak akan habis.terkumpul.

rintik-rintik tak sesuai untuk aku buat masa ini dengan keadaan yang mencorot begini.

Light rain bukan untuk saya yang masih berduka .

Friday, August 22, 2014

Tikam

Kawan sekarang bukan boleh buat main percaya,
perlu ada surat perjanjian yang telah dimatikan stem untuk percaya..
sebab kalau kawan tikam kita
kawan pakai pisau halus yang mata kasar tidak boleh lihat.
tikaman pertama didasar saja ..
tikaman kedua terdalam sikit ..
tikaman ketiga tembus melalui depan..

diingatkan kita mati ditikaman ketiga ..
salah..
pada tikaman pertama lagi .. kita sudah mati..
tapi gagah pura-pura masih bernyawa lagi ..

tikaman ketiga ..
had tikaman saya...

tikaman anda bagaimana?

Syurga

Kalau bagi awak syurga itu dunia suci dan dimana pari-pari jelita hidup disana,
bagi saya , syurga itu dunia kasih sayang..
dunia dimana tiada satu pun yang akan mengabaikan saya ..
dunia dimana tiada satu pun yang akan meninggalkan saya..
dunia dimana kasih sayang tidak akan berubah..
dunia dimana ....
dunia dimana.....
dunia dimana.....

maaf saya tiada benih untuk menulis tentang syurga...
kerana bagi saya....
syurga milik mereka ...
bukan saya...

Separa sedar

Sedar diri lah 

tolong sedar diri 

sila sedar diri ..

sampai bila ?
perlu dimaki, perlu dicaci baru kau tau harga diri?

sampai bila? 
perlu disakiti, perlu menjilat luka sendiri baru kau tau kau punya harga diri? 


Bodoh

Si bodoh yang suka mengarang drama sendiri di alam sendiri ..
Alam dimana tiada siapa tahu tiada siapa ingin tahu dan tiada siapa akan boleh tahu..
penghabisan cerita adalah mati dan jalan mati.

Si bodoh ini mengarang lagi ..
dan penghabisanya ....




mati .

Thursday, August 21, 2014

Terbang

Selamat pulang
dan terbanglah tinggi lagi
kali ini ditempat yang abadi ....

Selamat pulang..
Selamat kembali..




Wednesday, August 20, 2014

Penat

Rindu zaman belajar.
Bila kau hanya  perlu gagahkan hati untuk ke kelas pagi ..

Rindu zaman belajar.
Bila terkinja bersemangat untuk buat hopeless romantik sendiri..

Rindu zaman belajar,
Bila palatnya zaman kerja kau rasa dan tak dapat lari.

Berahi

Masih berahi untuk menaip lagi .

mungkin banyak yang tersimpan dihati .

mari tambahkan berahi untuk menaip lagi.