Terkejut juga bila hati masih kuat macam batu bila berkali
kali dimainkan berkali kali diberi cacian
dan berkali kali ditinggalkan serta disampahkan.Terfikir. Hati aku
mungkin dibuat dari batu ? mungkin dibuat dari benda yang lebih keras dari
batu.
Dulu bila jumpa yang berkenan dimata terpikat dihati mesti
meluahkan apa yang dirasa.Tapi malang nasib bukan sama macam drama tipikal
melayu atau korea yang pasangan akan terima bulat bulat dan akan ada adegan
peluk memeluk . Ada yang mencaci ada yang meludah dan ada yang memijak dan pada
masa itu mungkin mati adalah pilihan paling baik. Ada juga yang berpura baik
untuk mengambil kesempatan sebab aku ni perempuan bodoh yang akan buat apa
sahaja untuk lelaki yang kononnya akan menjaga aku selamanya.
Sekarang jika aku terjumpa yang berkenan dihati , aku
diamkan , bisukan mulut pejamkan mata dan zone berkawan dibesarkan.Tidak lagi
ingin mencuba nasib yang selalunya tipis dan selalunya tidak ada langsung
keajaiban yang didoakan setiap kali kaki sujud menyembahnya.
Pujuk hati sendiri
dengan berkata lama-lama kau akan lupa . Lama-lama kau akan mencari pemadam 20
sen untuk padam saki baki kenangan dengannya . Kenapa takut ? sedangkan dulu
kau bermuka tebal seperti kulit babi untuk meluahka nya. kenapa takut ? sedangkan
dulu kau dapat menahan caci maki dapat bersihkan diri dari ludahan dan dapat
bangun semula .
Lupa.
Hati aku bukan besi bukan keluli dan tidak pula lebih hebat
dari batu.
Hati aku macam agar-agar yang bila jatuh berkecai dan
melekit di lantai.
No comments:
Post a Comment